Merdeka Jiwa
Laungan
merdeka bergema,
Tanda
bebasnya dari jajahan bangsa,
fikiran dan
budaya,
Benarkah
itu sudah cukup menyingkapkan erti bahagia?
Apakah itu
makna kebebasan seorang hamba?
Nikmat
hidup itu Ketika menuruti fitrahnya,
Diolah dibentuk
dan diatur mengikut sibghatullah acuan sempurna,
Justeru
lahirlah kemerdekaan yang didamba.
Semakin
menginjak tuanya usia dunia,
Jiwa-jawanya
semakin tersasar menafsirkan mafhum merdeka,
Menuntut
hak asasi dalam kecelaruan memahami agama.
Lalu hawa
nafsu dijulang bak sang raja,
Haram itu
dihalalkan semua,
halal pula
diharamkan tanpa ilmu di dada,
agama
dianggap candu mesti dinyahkan segera,
terbitlah
rasa cinta dunia yang mengundang binasa,
dengan
megah dia berdekah ha ha ha,
dunia ini
aku yang punya,
akan ku
boloti semua yang ada padanya!
Oh dunia!
Cukuplah di
telapak tanganku menyinggah sahaja,
Pergilah
dan kejarlah cita dan perjuangan kita,
Carilah
merdeka yang bebas balutan dusta,
Berpautlah
pada furqan dan sunnah Nabi kita,
Dua
kesucian ini andai digenggam akan menatijahkan kebangkitan ummah kita,
Lalu
segeralah terlunas hutang merdeka.
Kalian
belum percaya?
Mahu
kubentangkan susuk mereka yang merdeka?
Sebentar
ya,
Nah!
Inilah dia
Salahuddin al Ayubi dan dalil Baitul maqdisnya,
Di sana ada
juga Muhammad al Fatih si penakluk kota 2 benua.
Sekarang…
dalam detik tiga,
Sentuh
dadamu dan bisikkan siapakah aku?
Katakan
lagaknya sang perwira,
Akulah yang memperjuangkan kemerdekaan hakiki buat nusa dan bangsa!
Nukilan,
Nur khalida Osman
8.30am
30 ogos 2021
No comments:
Post a Comment