madrasah ini dibina atas jambatan ukhuwah hamimah,
membentuk generasi bakal memikul tugas daieyah,
menjadikan Qur'an dan sunnah manhaj yang utuh,
menyelusuri masa sehingga berkembang cambah,
mendominasi ummah merentasi awan dan tanah,
mimpi dahulunya, kini realiti sudah...
hampir 1 windu MASDAR bersama,
kenangan pahit manis tersemat belaka,
kebaikkan itu simpanlah kemas bagai permata,
kelemahan lalu kambuslah ke lubang dalam agar tidak digali jumpa,
ciptalah hari baru yang warnanya lebih ceria...
Murabbi, Muaddib, Muallim, Mursyid dan Mudaris
adunan sempurna mendefinisikan seorang cikgu,
ada ketikanya dia mampu menjadi ayah,
sisi lainnya dia pula seorang guru,
apabila memerlukan sahabat dia ada menghiburkan,
apabila memerlukan sahabat dia ada menghiburkan,
saat diuji kesakitan dia segera membawa ubat,
ketika memerlukan bantuan tangannya yang selalu menghulurkan,
ketika memerlukan bantuan tangannya yang selalu menghulurkan,
dialah khudwah terdekat yang sentiasa dilihat...
Murabbi itu mendidik sesuai suasana,
Muaddib itu menyantuni jiwa pemuda,
Muallim itu ikhlas memberi walau tidak diminta,
Mursyid itu menjadi contoh kata dan kerja,
Mudaris itu mengajar dengan penuh rencah dan rasa...
Guru...
hadamkan disanubarimu,
bahawa pelajar itu aset termahal dunia,
tidak luput dek zaman bahkan kekal sampai syurga,
berilah apa adanya kamu dari saat zeronya mereka,
hingga nanti merimbun pastinya buah jatuh ke riba...
faqidu syai' la yu'thi,
nawaitu yang tepat membenarkan tindakan kita,
kerendahan hati noktah kemenangan utama,
muhasabah itu satu keperluan yang tidak boleh diduga,
ilmu itu satu kewajipan dituntut setia,
perubahan itu satu kemestian mencari sinarnya cahaya,
di akhir garisan nanti pasti kita tersenyum bahagia,
kerana syurga yang dirindukan mengirim salam Sang Raja...
Turki
18/12/2019
23.39pm

No comments:
Post a Comment