Wednesday, December 18, 2019

CHANGE FOR BETTER

minggu lepas dapat whatsapp dari x office mate minta kita karang puisi untuk dimuat naik dalam buku manual MASDAR. Hari ini baru nak cuba cambahkan idea semoga berhasil...






madrasah ini dibina atas jambatan ukhuwah hamimah,
membentuk generasi  bakal memikul tugas  daieyah,
menjadikan Qur'an dan sunnah manhaj yang utuh,
menyelusuri masa sehingga berkembang cambah,
mendominasi ummah merentasi awan dan tanah,
mimpi dahulunya, kini realiti sudah...

hampir 1 windu MASDAR bersama,
kenangan pahit manis tersemat belaka,
kebaikkan itu simpanlah kemas bagai permata,
kelemahan lalu kambuslah  ke lubang dalam agar tidak digali jumpa,
ciptalah hari baru yang warnanya lebih ceria...

Murabbi, Muaddib, Muallim, Mursyid dan Mudaris 
adunan sempurna mendefinisikan seorang cikgu, 
ada ketikanya dia mampu menjadi ayah,
sisi lainnya dia pula seorang guru,
apabila memerlukan sahabat dia ada menghiburkan,
saat diuji kesakitan dia segera membawa ubat,
ketika memerlukan bantuan tangannya yang selalu menghulurkan,
dialah khudwah terdekat yang sentiasa dilihat...

Murabbi itu mendidik sesuai suasana,
Muaddib itu menyantuni jiwa pemuda,
Muallim itu ikhlas memberi walau tidak diminta,
Mursyid itu menjadi contoh kata dan kerja,
Mudaris itu mengajar dengan penuh rencah dan  rasa...

Guru...
 hadamkan disanubarimu,
bahawa pelajar itu aset termahal dunia,
tidak luput dek zaman bahkan kekal sampai syurga,
berilah apa adanya kamu dari saat zeronya mereka,
hingga nanti merimbun pastinya buah jatuh ke riba...

faqidu syai' la yu'thi,
nawaitu yang tepat membenarkan tindakan kita,
kerendahan hati noktah kemenangan utama,
muhasabah itu satu keperluan yang tidak boleh diduga,
ilmu itu satu kewajipan dituntut setia,
perubahan itu satu kemestian mencari sinarnya cahaya,
di akhir garisan nanti pasti kita tersenyum bahagia,
kerana syurga yang dirindukan mengirim salam Sang Raja...

Turki
18/12/2019
23.39pm


















Saturday, October 26, 2019

Ablam


Mak Tam panggilan glamour di kenali 1 Malaysia,
Dia bukan sekadar ibu saudara semata,
Bahkan lebih dari seorang kakak kadang juga teman istimewa,
Memori disergah pasti keluar semua bahagia,
jika disua kağit pasti berjela tidak cukup 1 pena,

kerongsang kupinjam pusing kampung melawa,
tiba masa pulang hati cuak tidak semena,
risau dimarah lalu kepada tok aku cerita,
bukan aku dimarah tapi Tam terkena💘

Tanpa sedar tanpa lena apendixku pecah perlu opperate segera,
berhari di ward Tam juga yang jaga,
najis di tukar Tam tetap setia,
pantang dilanggar terbongkar rahsia,
Tam marah manja dengan nada kecewa,💁

Teman membawang dan berjenaka,
berkongsi duka dan juga suka,
dari ceritera crush bertahta sehingga rakyat mehran biasa,
jangan ditanya ada tidak rahsia,
perut dirobek mulut tetap tidak terbuka...💋

Tidaklah kami punya banyak masa berdua,
jalan-jalan Malaysia dan Thailand sahaja,
Danok terakhir port lepak sekali sekala,
Sebelum uçak terbang ke angkasa,
sempat ngedate 3 malam tak jauh dari Che Bema,

Bunyi myvi hitam honnya sangat biasa,
stereng itu saksi segala drama dan sketsa,
kini Tam dah punya si biru Alza,
nanti aku balik pasti dia sudah tua.

Dulu ke Sudan sering ke airport bersama,
kini ke Turki tidak dihantar pula, 
bila ditanya jawapannya telah ku jangka,
risau tidak kuat merembes air mata,

Saatku coret puisi rindu semata,
bisa ku whatapp untuk dengar suara,
tapiku biar biar lama-lama,
supaya yang disana sempat merindu nan gila...



ur anak menakan yg paling manja,
kakak
27 Ekim 2019
7:25pm Turki






Friday, October 25, 2019

Kardeşler




(numara var - son harf  "g")
8 beradik yang menjadi lambang cinta pertemuan 2 jiwa di Kuala Nerang,
Kelahiran pertama pada 1982 telah berakhir dengan 2001 cukup 8 kalau nak bilang, 
 Bersama Zahidah Izzah menjadi anak susuan lebih 3 kali kenyang,
3 jejaki diapit 5 dara penyayang,
3 telah berkeluarga 5 masih membujang,
2018 ipar duai bertambah 3 menjadikan keluarga kami terus berkembang,
6 masih bergelar talib ilmu didoakan 2 lagi akan turut menyandang,
Kasih tertumpu kepada 5 dara abang di Klang,
jangan ditanya nilai dan angka kasih sayang kerana 1001 rasa tidak mampu menjadi pembayang...😍


(numara yok - son harf  "g")
Cerita kami cerita cinta penuh kasih sayang,
Namun cinta itu bukan dengan ucapannya sayang,
Tidak juga selalu bersama dan kepit memanjang,
Adanya kami sentiasa usik mengusik kutuk mengutuk hasil didikan abang,
Hilangnya kami akan dirindui memanjang,
Bahasa hati kami lebih mudah dibaca melalui coretan di kertas kajang,
andai diputar kenangan sungguh banyak untukku kenang,
balasan warkah cinta di kelas khassah bersama abang,
sehingga ke Sudan berbalas surat berjela panjang,
Kiriman cinta Nusaibah bila diulang cerita gelak memanjang,
Lafaz I love U Dzulqarnain yang menjadi bahan hingga sekarang,
Zaman ALBO dengan FBnya yang dikenali jiwang,
Ceritera ini didikan Mak dan Ayah untuk kami berkongsi cinta dan kasih sayang...

(numara var - son harf "g")
Kisah kita bersama terlalu banyak untuk dikarang,
kusematkan kisah nama sahaja untuk melepaskan rindu yang bertandang,
birinci Muhammad Umar Aiman dengan keberanian Khalifah yang dipegang,
ikinci Nur Khalida nama pembantu Zainab sang pejuang,
üçüncü Abdullah Luqman termaktub dalam pesan Luqman kepada sang bujang,
dordüncü Zahidah Zahra menjiwai biah kelahiran dan ingatan kepada Mak Cik Dayang,
beşinci Jamilah Rawaida kecomelan yang akan sentiasa dikenang,
altıncı Nusaibah Nazurah  ibu yang hebat melepaskan 3 teruna ke medan perang,
yedinci Abdullah Dzulqarnain dari sang penakluk timur dan barat sehingga kegelapan berada dibelakang,
sekizinci Siti Nafisah dari cerita wali Allah yang menggali kubrannya sendiri sebelum ajal bertandang...

(numara yok - son harf "i")
Adillah dalam mencintai dan dicintai,
kezaliman itu akan merosakkan cinta yang murni,
cinta bukan untuk sentiasa bersama di sana dan di sini,
tetapi...
cinta untuk saling lengkap melengkapi,
berpesan dan mengingati,
ditarik ke kanan dan ke kiri agar saling mengimbangi,
ditolak ke depan dan kebelakang supaya thabat di jalan ini,
memberi dan menerima mana yang lebih dikongsi,
dunia itu sementara akhirat yang kekal moga cinta kita bersemi...

26 Ekim 2019
4:19am , Malezya

Not :
semangat berkarya sambil praktikkan ilmu bahasa yang baru ditimba.
numara : nombor
var : ada
yok : tiada
son : akhir 
harf : huruf
birinci : pertama
ikinci : kedua ( begitulah hingga kelapan :) )






Wednesday, October 16, 2019

The Real Omurga

 gambar baru yang dikerjakan abang

bukan nain, tetapi inilah ayah saya. 

Teşekkür ederim Allah,
Dua nikmat yang tiada tandingannya,
Anugerah paling bernilai dan bermakna,
Dari 2 jasad berharga ini aku mengenali dunia,
Mak dan Ayah 2 guru pertama dalam kehidupanku,
Memberi sepenuh kasih dan sayang,
Aku sentiasa dilayan seperti anak kecil, 
Segala keperluanku dilengkapi,
Sakit demamku sentiasa dirawati, 
Bersama mereka membuatkan aku sentiasa rasa dihargai,
Rasa disayangi dan dipeduli...

Thank you Allah,
Dari mereka aku percaya bukan sijil ukuran kejayaan,
Bukan duit jaminan kebahagiaan,
Bukan pangkat menjadi ukuran kasih sayang,
Bukan juga glamour yang perlu dijadikan taruhan...

Tetapi,
keyakinan kepada Pencipta itu kunci kebahagian,
kasih sayang itu harta bermakna dalam pelayaran,
Rasa peduli itu yang mesti dikongsikan,
Pendidikan itu satu keperluan kehidupan....

Khudwah hasanah itu pada 2 kesayanganku,
Detik jatuhku mereka yang menyuntikkan jarum kebangkitan,
Saat lelahku mereka yang membisikkan api kekuatan,
Ketika langkah dan azamku berpaut mereka yang mengibarkan bendera perlepasan,
Waktu aku dihambat ketakutan mereka menghembuskan api keberanian,
Tatkala mataku dibasahi hujan, mereka mengirimkan payung doa yang penuh ketenangan...

Allah Ar-Razaq,
Rezekikanlah aku masa yang lebih lama bersama mereka,
Peliharalah setiap perjalanan hidupku,
Jadikanlah setiap hariku adalah kebajikan dan saham kebahagian mereka,
Jauhilah aku dari kealpaan dan kejelekkan nafsuku sendiri,
Taburilah aku dengan 1001 kebaikkan di setiap langkahku,
Kumpulkan aku dunia dan akhirat bersama mereka,
Jadikanlah aku anak syurga yang melihat dunia dari kaca mata akhirat....

25 Oktober 2019
6:07pm : Turki