Friday, October 25, 2019

Kardeşler




(numara var - son harf  "g")
8 beradik yang menjadi lambang cinta pertemuan 2 jiwa di Kuala Nerang,
Kelahiran pertama pada 1982 telah berakhir dengan 2001 cukup 8 kalau nak bilang, 
 Bersama Zahidah Izzah menjadi anak susuan lebih 3 kali kenyang,
3 jejaki diapit 5 dara penyayang,
3 telah berkeluarga 5 masih membujang,
2018 ipar duai bertambah 3 menjadikan keluarga kami terus berkembang,
6 masih bergelar talib ilmu didoakan 2 lagi akan turut menyandang,
Kasih tertumpu kepada 5 dara abang di Klang,
jangan ditanya nilai dan angka kasih sayang kerana 1001 rasa tidak mampu menjadi pembayang...😍


(numara yok - son harf  "g")
Cerita kami cerita cinta penuh kasih sayang,
Namun cinta itu bukan dengan ucapannya sayang,
Tidak juga selalu bersama dan kepit memanjang,
Adanya kami sentiasa usik mengusik kutuk mengutuk hasil didikan abang,
Hilangnya kami akan dirindui memanjang,
Bahasa hati kami lebih mudah dibaca melalui coretan di kertas kajang,
andai diputar kenangan sungguh banyak untukku kenang,
balasan warkah cinta di kelas khassah bersama abang,
sehingga ke Sudan berbalas surat berjela panjang,
Kiriman cinta Nusaibah bila diulang cerita gelak memanjang,
Lafaz I love U Dzulqarnain yang menjadi bahan hingga sekarang,
Zaman ALBO dengan FBnya yang dikenali jiwang,
Ceritera ini didikan Mak dan Ayah untuk kami berkongsi cinta dan kasih sayang...

(numara var - son harf "g")
Kisah kita bersama terlalu banyak untuk dikarang,
kusematkan kisah nama sahaja untuk melepaskan rindu yang bertandang,
birinci Muhammad Umar Aiman dengan keberanian Khalifah yang dipegang,
ikinci Nur Khalida nama pembantu Zainab sang pejuang,
üçüncü Abdullah Luqman termaktub dalam pesan Luqman kepada sang bujang,
dordüncü Zahidah Zahra menjiwai biah kelahiran dan ingatan kepada Mak Cik Dayang,
beşinci Jamilah Rawaida kecomelan yang akan sentiasa dikenang,
altıncı Nusaibah Nazurah  ibu yang hebat melepaskan 3 teruna ke medan perang,
yedinci Abdullah Dzulqarnain dari sang penakluk timur dan barat sehingga kegelapan berada dibelakang,
sekizinci Siti Nafisah dari cerita wali Allah yang menggali kubrannya sendiri sebelum ajal bertandang...

(numara yok - son harf "i")
Adillah dalam mencintai dan dicintai,
kezaliman itu akan merosakkan cinta yang murni,
cinta bukan untuk sentiasa bersama di sana dan di sini,
tetapi...
cinta untuk saling lengkap melengkapi,
berpesan dan mengingati,
ditarik ke kanan dan ke kiri agar saling mengimbangi,
ditolak ke depan dan kebelakang supaya thabat di jalan ini,
memberi dan menerima mana yang lebih dikongsi,
dunia itu sementara akhirat yang kekal moga cinta kita bersemi...

26 Ekim 2019
4:19am , Malezya

Not :
semangat berkarya sambil praktikkan ilmu bahasa yang baru ditimba.
numara : nombor
var : ada
yok : tiada
son : akhir 
harf : huruf
birinci : pertama
ikinci : kedua ( begitulah hingga kelapan :) )






No comments:

Post a Comment