Mak Tam panggilan glamour di kenali 1 Malaysia,
Dia bukan sekadar ibu saudara semata,
Bahkan lebih dari seorang kakak kadang juga teman istimewa,
Memori disergah pasti keluar semua bahagia,
jika disua kağit pasti berjela tidak cukup 1 pena,
kerongsang kupinjam pusing kampung melawa,
tiba masa pulang hati cuak tidak semena,
risau dimarah lalu kepada tok aku cerita,
bukan aku dimarah tapi Tam terkena💘
Tanpa sedar tanpa lena apendixku pecah perlu opperate segera,
berhari di ward Tam juga yang jaga,
najis di tukar Tam tetap setia,
pantang dilanggar terbongkar rahsia,
Tam marah manja dengan nada kecewa,💁
Teman membawang dan berjenaka,
berkongsi duka dan juga suka,
dari ceritera crush bertahta sehingga rakyat mehran biasa,
jangan ditanya ada tidak rahsia,
perut dirobek mulut tetap tidak terbuka...💋
Tidaklah kami punya banyak masa berdua,
jalan-jalan Malaysia dan Thailand sahaja,
Danok terakhir port lepak sekali sekala,
Sebelum uçak terbang ke angkasa,
sempat ngedate 3 malam tak jauh dari Che Bema,
Bunyi myvi hitam honnya sangat biasa,
stereng itu saksi segala drama dan sketsa,
kini Tam dah punya si biru Alza,
nanti aku balik pasti dia sudah tua.
Dulu ke Sudan sering ke airport bersama,
kini ke Turki tidak dihantar pula,
bila ditanya jawapannya telah ku jangka,
risau tidak kuat merembes air mata,
Saatku coret puisi rindu semata,
bisa ku whatapp untuk dengar suara,
tapiku biar biar lama-lama,
supaya yang disana sempat merindu nan gila...
ur anak menakan yg paling manja,
kakak
27 Ekim 2019
7:25pm Turki